Essay about Kesultanan Melayu Melaka

2511 Words May 12th, 2016 11 Pages
1.0 PENDAHULUAN
Peristiwa pelanduk putih dan anjing perburuan pada zaman Parameswara semasa berehat di bawah pohon menjadi sejarah di Malaysia apabila baginda memberikan nama Melaka, bermulalah sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan tempatnya yang strategik. Lokasi yang berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka, menjadi pusat perhubungan perdagangan di antara negara China ke India dan Timur. Dengan kehadiran pedagang Arab serta pedagang Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan entrepot yang begitu sibuk dengan kehadiran kapal-kapal yang singgah setiap tahun.
Dari semasa ke semasa Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan Melayu Timur dimana barangan boleh didapati seperti sutera dan perselin dari China, kain dari
…show more content…
Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414 Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang,Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhirPaduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayuuntuk membuka ibu negeri yang baru. Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan

Related Documents